Sunday 22 January 2012

Kahwin Awal ^__^


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah dapat lagi kita same-same menghirup udara malam yang segar InsyaAllah.hari ini ana nak berkongsi sedikit ilmu tentang Perkhawinan,Al-Maklumlah baru2 nie kan cuti sekolah jadi ramai lah yang sudah membina bahtera keluarga dengan org2 yang tersayang 
jemput membaca ya antum antuma :)

Maksud Perkahwinan
“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui”
(Surah An-Nur 24:32)
* tak sabau ana nak nikah , hehe *

Perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.
Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah seperti berikut:
“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.  Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.  Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.
* pasti ramai yang ternanti-nanti saat indah ini kan :) *

Realiti Perkahwinan
Antara umur yang dikategorikan dalam berkahwin awal adalah dalam lingkungan 18 – 24 tahun. Kahwin muda atau kahwin awal kini semakin terkenal dikalangan para pelajar. Saya dan suami sendiri berkahwin pada usia 23tahun dan suami masih dalam tahun ketiga pengajian. Kenapa kami berkahwin awal? Ramai yang menganggap kami masih belum bersedia untuk melayari kehidupan berumah tangga, tetapi Alhamdulillah kami Berjaya meyakinkan kedua ibu bapa kami. Ramai dari remaja yang takut untuk berkahwin awal kerana takut ‘kaki mereka akan diikat’ dan takut kehidupan mereka tidak lagi bebas selepas berkahwin.. Tetapi ada juga yang berkemampuan untuk berkahwin tetapi masih ragu-ragu dan takut untuk melangkah ke dunia perkahwinan.
“Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri”
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika isu belum matang menjadi halangan, anda mungkin silap. Sebenarnya kematangan akan terbentuk dengan sendiri selepas anda berkahwin. Perkahwinan juga mengajar kita suami isteri bersikap matang serta bertanggungjawab. Contohnya jika anda masih lagi bergelar pelajar, apabila anda berkahwin anda mungkin akan lagi ‘serius’ terhadap pelajaran kerana anda memikirkan diri anda yang memegang tanggungjawab sebagai isteri/suami. Sikap bertanggungjawab itu juga mungkin timbul kerana anda kini menjadi tumpuan seluruh ahli keluarga anda kerana anda berkahwin ketika belajar. Selain itu, berkahwin juga sebenarnya banyak mengajar kita cara memperbaiki diri. Anda dan pasangan boleh diibaratkan seperti cermin!
Kebaikan Berkahwin Awal
 SubhanAllah so sweet <3 !!! ^_^

Umum mengetahui  berkahwin boleh mengelakkan maksiat seperti zina daripada berleluasa. Tetapi kahwin awal juga dapat memberikan ketenangan jiwa dan kita tidak akan lagi berasa sunyi. Jika salah seorang daripada anda mempunya masalah, anda ada orang untuk meluahkan cerita, setia memberi anda nasihat dan yang paling penting menjadi pendengar anda yang setia. Ramai dari anak muda sekarang yang beranggapan selepas berkahwin hilanglah kemanisan ‘dating’ dan sebagainya. Tetapi anda silap kerana kemanisan ‘dating’ akan lebih jika anda adalah pasangan yang halal.Bayangkan anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan pasangan anda tanpa berasa takut dan bersalah.
Kahwin di usia muda juga menjadikan ibadah kita lebih berkualiti, penuh khusyuk. Mungkin tiada lagi masalah nafsu dan ketidaktenangan terhadap pasangan yang belum pasti. Manisnya kehidupan anda yang sentiasa solat berjemaah bersama, bertadarus bersama dan bangun malam untuk qiamulai bersama.

ISTERI CERDIK DAN SOLEHAH PENYEJUK MATA PENAWAR HATI PENAJAM FIKIRAN
DI RUMAH DIA ISTERI DI JALANAN KAWAN DI WAKTU KITA BUNTU DIA PENUNJUK JALAN
^_________^
♥ : Wanita Solehah untuk Lelaki Soleh : 

  
♥ : Cinta buat Bakal Zauji ku
      
Allah berfirman :

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
(Surah ar-Rum ayat 21)


Semoga bermanfaat buat semua. Wallahualam ~



"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."


SYUKRAN SUDI MEMBACA,ASIF JIKA ADA SEBARANG KESILAPAN.ANA MOHON TEGURAN DARIPADA KALIAN SEKIRANYA ADA KEKURANGAN DAN KESILAPAN DENGAN ENTRY ANA.KALAU SUKE 'LIKE' LAH.SAMPAIKANLAH KEPADA HAMBANYA WALAUPON SATU AYAT :)

4 comments:

  1. salam...wah..bestnya entry ni...subhanallah...bestkan lau bleh kawin awl tp xde jodoh lg,sabar je lah...terbaik...:D

    ReplyDelete
  2. w'salam...seronoknye nikah ! :)
    insyaAllah sme2 pasang niat nak kawen awal kerana sunnah Rasulullah S.A.W ^_^
    moga Allah permudahkan urusan kita kan
    InsyaAllah ana menunggu mase,moga dipercepatkan <3
    sabar sabar,insyaAllah smpai masanye jgk nti,.

    ReplyDelete
  3. insyaallah...lau ada jodoh xkan ke mna...:D

    ReplyDelete
  4. betul3..
    jika ingin si soleh,maka solehah kan dulu diri kita.InsyaAllah keluarga Sakinah Mawaddah Wa Rahmah ! <3 ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by Dai'e Muslimah a.k.a Saiyidah Omar ( si gadis Omar dan Zanariah )heart taken by Capital A