Friday 13 January 2012

Motivasi Untuk Berjaya ^_^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah wa syukurillah bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana masih memberi ana nikmat Hidup dan nikmat Islam,Moga kalian sihat sejahtera dibawah naungan-Nya.insyaAllah Aameen :') kali ini ana mahu berkongsi dengan kalian sedikit ilmu yang serba kekurangan daripada ana yang tak bape arif dalam bidang dakwah nie tetapi ana tetap mahu mencuba untuk menjadi seorang pendakwah yang hebat dengan izin Allah,InsyaAllah Aameen <3 tetapi bantulah ana untuk teruskan perjuangan ana ini,ana ketagih nasihat,bimbingan dan pendapat daripada kalian,bantu ana ye.sama-sama kita tegakkan dakwah Islam kita,Aiwah InsyaAllah ! Haiya haiya ! jihad fisabilillah !!! AllahuAkhbar3x !!!!!! jom sambung topik kita...

Ramai manusia yang ketika hidupnya, dia terlupa untuk merasa diri sebagai hamba. Sehinggalah akhirnya kematian datang menjemputnya, ketika itu penyesalan dengan darah mata sekalipun tidak lagi bermakna.Mereka ini adalah manusia yang mata hatinya telah dihijab oleh Allah untuk nampak kejelasan tanda-tanda-Nya yang cerah. Kerana mereka sendiri sebelumnya telah menjauhkan diri dari landasan kebenaran. Firman Allah,

"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya,"surah Al-Isra' ayat 27.
REDHA TUHAN!!!! = BERJAYA!!!!
Kita selalu bertanya kepada diri dan orang lain. Kita tanya:"Minta berikan sedikit motivasi, jalan manakah yang paling dekat dengan kejayaan?"
Maka ana ingin menyebut jawapan sebegini:"Kita hidup adalah untuk mencari redha Allah SWT. Maka, kejayaan kita yang sebenar adalah apabila segala sesuatu yang kita lakukan adalah untuk mendapat redha Allah SWT." Pada ana, di sini letaknya motivasi kejayaan kita yang paling besar sebenarnya. Motivasi yang meletakkan Tuhan sebagai batu asas akan menemui jalan kejayaan yang paling hebat, paling bermakna.Selaklah sirah baginda nabi, lihatlah kepada para sahabat baginda, telitilah kisah hidup ulama-ulama kita yang terdahulu, yang mereka ini luar biasa bagus dan hebat sekali, kita akan dapati motivasi kejayan mereka adalah redha Sang Pencipta.
PESANAN DR. A'LI JUM'AH
Kerana itu, ana suka untuk sampaikan kepada semua satu petua yang disebut oleh Mufti Mesir, Dr. Ali Jum'ah ketika kuliah beliau di Masjid Al-Azhar sebelum ini.Kata beliau, setiap pagi ucapkanlah Allahu Maksudi, Wa Redha hu Matlubi (Allah tujuanku, dan redha-Nya lah yang kuharapkan).Baca ini 7 kali setiap pagi, dan kita insyaAllah akan bergerak untuk menjadi manusia yang lebih baik hari itu.Kata beliau lagi, pengulangan sebanyak tujuh kali ini sebagai kita memperkuatkan keinginan kita.Penegasan bahawa kita sememangnya hidup atas tujuan menjadi hamba Allah dan dalam hidup kita, yang kita cari hanyalah redha-Nya.Maka, pasakkan di dalam jiwa, kita adalah hamba-Nya.
"Serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." Surah At-Taubah ayat 72.. 

Semoga mendapat sedikit manfaat,suka untuk ana kaitkan juga dengan petikan ayat Al-Quran yang bermaksud:  

‎"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53).

Maka terbuktilah bahawa Allah s.w.t tidak suka dengan sikap BERPUTUS ASA DENGAN ALLAH ! dan janganlah sesekali kita berkata "Hidup ini tak adil!" Bukankah Allah s.w.t telah menentukan segala ketentuan kita sejak kita 4bulan dalam kandungan ibu kita?? ingatlah segala-galanya ada hikmah..Janganlah kita terus bersedih dengan kegagalan kita atau kesilapan kita yang lepas,orang yang mahu berjaya tidak akan terus meratapi,menyesal,memikirkan dan mengungkit perkara yang lepas tetapi dia akan berfikir dan berkata "perkara yang lepas usah dikenang,life must go on"


ukhti athirah ana copy gambar nie ye,kata-kata nie sungguh menusuk kalbu ana ~
hayatilah bait-bait kata daripada petikan ini,insyaAllah boleh menjadi pedoman kita
Wallahualam ~

"Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan kesabaran.."

SYUKRAN SUDI MEMBACA,ASIF JIKA ADA SEBARANG KESILAPAN.ANA MOHON TEGURAN DARIPADA KALIAN SEKIRANYA ADA KEKURANGAN DAN KESILAPAN DENGAN ENTRY ANA.KALAU SUKE 'LIKE' LAH.SAMPAIKANLAH KEPADA HAMBANYA WALAUPON SATU AYAT :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by Dai'e Muslimah a.k.a Saiyidah Omar ( si gadis Omar dan Zanariah )heart taken by Capital A